Tuesday, April 21, 2009

~THE RITZ CARLTON HOTEL~

wah~! betapa excited nyew mereka...

"peace"...Aws , Niclo , Marina...
bergaya mereka bertiga..macam ahli korporat..
dalam banyak2 ni cubalah teka yang mana satu tuan empunya blog...~!

pada sabtu yg lepas aku dan adik tidur di rumah supervisorku..mereka begitu bermurah hati memberi kami tumpang tido dirumahnya kerana pada pagi ahadnya 12 april 2009 kami akan pergi ke The Ritz CarltoN Hotel bersama-sama.kami akan menghadiri HOM & STS serta DINNER..aku sangat teruja..tidak sabarnya rasanya menuggu hari ahad kerana aku buat pertama kalinya akan ke hotel yg agak banyak bintangnya..

tepat jam 10 pagi kami semua bertolak.Nicklo mghantar Angeline Ke STS & HOM di TIMES SQUARE..manakala kami akan ke Ritz Carlton...suasana agak gamat..kami hanya memandang suasana hotel itu dan amat bersyukur..lalu kami mula menangkap beberapa keping gambar untuk dijadikan kenangan...

kami amat gembira di sana..semua orang berlainan bangsa dan agama begitu baik budi bahasanya..mereka berbual sesama kami tanpa memandang darjat dan rupa..

wah..!!!
aku lihat adikku sedang memainkan lensa kameranya ke arah seseorang..
aku begitu gembira pabila melahat adikku gembira..
jauh di sudut hatiku,..
alahkah bertuahnya kami,..

pada hari tersebut kami telah mendapat pelbagai pengalaman..
saat yg tidak dapat dilupakan ketika makan..
kami amat lapar sehingga makan tanpa menoleh kiri dan kanan..
lauk pauk yg dihidangkan amat membuka selera,..
aku melihat mereka makan dengan penuh nikmat..

majlis berakhir pukul 9.30 malam begitu,.
tapi masih ramai yg belum balik kerana masih leka dengan keseronokan di situ,..
bergurau senda sesama sendiri,..

sejurus sahaja aku pulang kehostel dihantar oleh Niclo,..
rakan ku di hostel telah menunggi ku di hostel tuk bertanya itu dan ini,..
walaupon letih menjawab soalan tapi amat menyeronokkan,.



2 comments:

  1. Hai My dear.. Keep it going.. different Seminar you can learn different things..

    ReplyDelete
  2. hi my dear, my name is Nikklo ya, not Nicklo ooo... remember~ hehe...

    ReplyDelete